Harap Maaf...ada segelintir pihak yang amat serius tentang pemakaian gelang,kalau perkara tu harus maka kalau tak dilakukan kita akan berdosa,kalau perkara tu haram maka jika dilakukan kita berdosa.Jika kedua perkara tadi menjadi was-was kepada kita maka akan terjadinya 'khilaf',maksudnya kita seharusnya menjauhkan kedua-dua perkara tadi. Di dalam mazhab Syafie menerangkan, di dalam Islam sesuatu yang dilakukan untuk kebaikkan dan dijalan Allah adalah tidak salah dan berdosa.
Disini link tentang hukum dan sedikit sebanyak soal jawab kemusykilan tentang hukum lelaki memakai gelang.
Bagi diri saya...selagi apa yang saya buat itu baik di mata Allah, maka ia tak menjadi salah, dan sebarang perkara yang dilakukan dengan niat yang baik dengan nama Allah(fisabilillah),maka saya akan mendapat ganjaran pahala.
Banyak lagi benda lain yang haram dilakukan oleh lelaki,tetapi terang-terangan dilakukan,banyak lagi perkara haram yang dilakukan wanita,tetapi terang-terangan dilakukan oleh wanita. Jadi setiap perkara yang mendatangkan kebaikkan kepada diri sendiri atau orang lain berpandukan Al Quran dan Sunnah adalah tidak menjadi salah di dalam ISLAM.
Gelang untuk perubatan adalah tidak berdosa selagi kita berniat kerana Allah dan tidak bermaksud menyerupai wanita.
Al-wahinah "bermaksud alat yang digunakan sebagai tangkal,ia adalah perbuatan syirik dan menyesatkan"
Didalam hadis dan Al Quran juga diharuskan manusia BERUSAHA(berikhtiar) untuk menyembuhkan penyakit, dan tidak salah didalam ISLAM menggunakan ayat-ayat AL-quran untuk menyembuhkan penyakit.
1) HUKUM agama 1
2) HUKUM agama 2
3) HUKUM agama 3
4) HUKUM agama 4
Sebarang kemusykilan bolehlah bertanyakan kepada ulama-ulama atau dijabatan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. (JAIS)
Monday, February 4, 2008
Hukum lelaki memakai GELANG
Posted by
yuseri
at
2:42 AM
